.: kIsaH kAu & AkU bErBeza :.

.: S.e.N.y.U.m :. Tak Perlu Bayar & Tak Perlu Kata Ape2 :. j0m bErKoNgsI cErIta KisAh KaU & aKu... :.

Thursday, July 21, 2011

Kantung tak bulat vs Keguguran?? Apekah?

Ak cuma nak berkongsi cerita.... Let say u all pregnant but ade spot darah... pleaseeee.... sabar don panic! if spot je... its okay... unless darah u ols banyak ber pad2... okay that 1 trus lari ke emergency room!! but in my case... n i bnyk meng google.. mendengar experience org lain.... act, tompokan darah berwarna coklat kemerah-merahan or merah cair, pkara biasa bagi sesetengah ibu yang hamil... mcm ak... x boleh over lasak, x boleh mkn tak tentu hala, x boleh angkat berat.... mesti bleeding... n some case (ni kes ak jumpe sorg akak kt hospital ) d sbbkan oleh kecederaan pd dinding vagina.... but d baby is fine! like my cuzin.. d sbbkan lifestyle die yg bnyk berjalan jauh n banyk keje (stress) die bleeding sampai berketul-ketul shingga kandungan msuk ke 3 bulan?? but guess what?? anak die dah selamat d lahirkan... n putih melepak u olssss!! sihat walafiat... dan kes ak pulak... docs dah silap buat kira terawal 2 minggu dr tarikh sbenar... n yess ak bleeding tp tak bnyk... dulu ak ingat ak period tapi bile d kaji semula.. mungkin d sebabkan oleh "Ancaman Keguguran", sejarah ak (penghidap Cyst) or "Pendarahan Implantasi"..


Kantung Tidak Bulat


My docs said, kantung tidak bulat or tak cantik bukan salah kita yg "TERLASAK" or "TAK JAGA" sooo please jangan blame diri sendiri... Tapi ini adalah disebabkan oleh kecacatan kromosom gen atau bahasa pasar nye, "bayi tidak jadi".... Jika bayi yang mengalami kecacatan kromosom ni lahir, kemungkinan besar dia akan mendapat penyakit "syndrom down" or "cacat".. So ibu-ibu hamil semua ketahuilah.. Allah itu maha mengetahui apa yg terbaik utk para ibu....




Kat bawah ni ak dapat masa menggoogle & sumber ni ak dapat dari aznee
terima kasih aznee...


Keguguran & Pendarahan


1.  Di Awal Kehamilan


a) Pendarahan Implantasi
ini adalah petanda awal kehamilan yang menyerupai haid ketika hampir tamat.. ini kerana benih telur tertanam sendiri ke lapisan rahim.. selalunya antara 6-10 hari selepas persenyawaan.. dalam kes ini, kita akan rasa tidak selesa dan rasa bengkak di pelvis.. dalam minggu pertama ini, walaupun ada pendarahan, tetapi tidak sakit di sekitar tempoh sepatutnya datang haid..
b) permulaan kegugurankehilangan darah semasa kemahilan boleh menyebabkan keguguran terutama jika ada rasa sakit dan kekejangan... namun, pada peringkat awal hamil, samada darahnya banyak atau sikit pastikan kita buat pemeriksaan doktor kerana dikategorikan sebagai kes berisiko untuk keguguran.. doktor akan bukan scan untuk baby.. kalo darah sikit dan tidak sakit, mgkn doc akan nasihat untuk kita berehat..

c) kehamilan luar rahimkekerapan sakit beserta pendarahan mungkin petanda kehamilan luar rahim.. hal ini berlaku sebab ia tertanam di luar rahim selalunya di tiub fallopio.. namun, ia amat jarang berlaku.. pun begitu, pergi la buat pemeriksaan doktor untuk kepastian... mungkin ada faktor2 yang lain..

2. 12 minggu ke atas


a)masalah berkaitan plasentapendarahan pada trimester kedua dan ketiga menjadi risiko masalah placenta abruption atau placenta praevia.. jika scan, doc akan tandakan posisi plasenta untuk tindakan susulan.. jika placenta preavia, kita kena duduk kat wad untuk pemantauan dan rawatan segera.. manakala placenta abruption, ianya berlaku 0.5% sahaja dan berlaku beserta kesakitan.. namun, apa sahaja pendarahan selepas minggu ke-24 kehamilan, janganlah teragak-agak untuk berjumpa doktor kerana ianya perlu dirawat segera!!

b)petanda awal bersalinjika selepas minggu ke-37, itu petanda serviks semakin melembut atau mengembang dan dalam proses untuk bersalin!!!!!

3. pada bila-bila masa sepanjang kehamilan
a) kesan hubungan intimsemasa hamil, berlaku peningkatan darah ke serviks. oleh itu, kemungkinan akan ada tompokan darah selepas bersama.. darah yang keluar kemungkinan berwarna merah jambu, merah atau coklat.. namun, cuba elakkan diri untuk bermesra2an berlebihan ketika 12 minggu yang pertama!!! (ayo yo.. lama tuh!!!)

b)jangkitannamun, pendarahan yang sedikit atau tompokan darah mungkin TIDAK berkaitan dengan kehamilan.. ia mungkin dijangkiti kuman seperti candida, herpes, gonooheoa etc yang menyebabkan keradangan dan gatal2..


So berharap sangat kepada ibu-ibu yang sedang hamil.... jangan stress or sedih sangat2 di atas keadaan ni.. Redha... Andai baby ni milik kita, dah tertulis dia milik kita.. andai Allah takdirkan baby tu bkn milik kita.. maybe ade hikmah d sebalik yg terjadi.... walau ape yg terjadi jaga kesihatan.. selagi Allah blum tarik nyawa bayi kita, jaga lah sebaik mungkin.. berusaha untuk mendapatkannya.. sesungguhnya Allah tu maha adil..... Ak pun masih d awal kehamilan.. pelbagai kemungkinan akan terjadi sehingga 12 minggu.. Ak cuma mampu berdoa semoga bayi ak selamat & insya'Allah ak akan menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin.. selebihnya, hanya kepada Allah...


Ak harap info ni dpt membantu u ols kay!! (^____^)v

No comments:

Post a Comment